BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

pergimu buat selamanya


pernahkah kamu merasakan bahawa kamu mencintai seseorang
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
dan meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas
tapi kamu tetap mencintainya...
pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai
meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli
dan mengerti tapi dia tetap pergi...
pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta
tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
bersedih kala bersama
tertawa kala berpisah..
aku pernah...aku pernah tersenyum..
meskipun aku terluka kerana aku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia
kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja
aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti
dan..aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya kerana sekali lagi,
cinta tak seharusnya dimliki dan Tuhan pasti telah menyediakan cinta yg lain untukku...

0 comments: