BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

pergimu buat selamanya


pernahkah kamu merasakan bahawa kamu mencintai seseorang
meskipun kamu tahu dia sudah berpunya
dan meskipun kamu tahu cintamu mungkin tak berbalas
tapi kamu tetap mencintainya...
pernahkah kamu merasakan
bahawa kamu sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang kamu cintai
meskipun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli
dan mengerti tapi dia tetap pergi...
pernahkah kamu merasakan hebatnya cinta
tersenyum kala terluka
menangis kala bahagia
bersedih kala bersama
tertawa kala berpisah..
aku pernah...aku pernah tersenyum..
meskipun aku terluka kerana aku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku
aku pernah menangis kala bahagia
kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja
aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti
dan..aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya kerana sekali lagi,
cinta tak seharusnya dimliki dan Tuhan pasti telah menyediakan cinta yg lain untukku...

hidup ini mesti diteruskan


hidup ini umpama anak panah,kita dah ada sasaran dah,tempat-tempat sasaran tapi bila ditiup angin anak panah tu jauh menyimpang apa yang kita nak lain yang kita dapat.apa pun yang berlaku hidup ini mesti diteruskan.walaupun begitu perit menjalani hidup ini aku harus pandang ke depan tanpa menoleh ke belakang melihat masa silam ku..memang benar kata orang hati yang telah dilukai amat sukar untuk diubati..semakin kita cuba untuk melupakannya semakin dekat bayang-bayangnya..apa harus ku lakukan di kala kenangan bersama terimbas kembali tatkala aku bersendirian..Oh Tuhan mengapa aku begitu lemah untuk menghadapi dugaan ini..kuatkan lah diriku..tabahkan lah diriku ini..di kala aku teringatkan dirinya aku akan pandang ke langit semoga burung yang lalu akan membawa rinduku padanya dan di saat itu aku berharap hidupnya akan bahagia buat selamanya..cinta yang sejati tidak semestinya dapat dimiliki dan cinta sejati juga tak mungkin diakhiri dengan perkahwinan.aku percaya ada insan yang lebih baik lagi untuk diriku yang telah Allah ciptakan dan tak semestinya apa yang aku nak itu akn ku milikki.